Tuesday 13 November 2018

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.
Melalui sesi pembelajaran sosiologi dan pembelajaran, pengertian sosiologi iaitu suatu kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut iaitu dari segi budaya, stratifikasi, populasi, politik terhadap masyarakat  yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang  melahirkan pelbagai fenomena sosial secara sistematik dan saintifik.
Kajian sosiologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru bagi memperkembangkan ilmu. Selain itu, proses sosialisasi ialah bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat it.Mengikut Ottoway(1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1985 ), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan.
Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Sosiologi adalah bidang ilmu pengetahuan moden yang ada hubungannya dengan masyarakat. Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan kualiti. Tambahan pula, sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya.
Pada tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan. Sejak itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa  . Namun begitu kira-kira pada tahun lima puluhan, sosiologi pendidikan tidak begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hakikat ini disebabkan oleh kurang minat dan perbalahan di antara para pendidik dan para sosiologi. Secara kesimpulannya, sosiologi memainkan peranan yang amat penting dalam Pendidikan kerana kajian sosiologi membantu guru supaya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut sosio budaya dan masyarakat.

 RUJUKAN :


  1. Othman AB Rahman , Salhah Abdullah , Sapora Sipon. EAS3113 Sosiologi Dalam Pendidikan Program Pensiswazahan Guru .2014.
  2.  http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pd

TAJUK 2: INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN


Interaksi bermaksud proses saling bertindak atau hubungan antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya.  Maksud pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.Ianya melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat. Manakala konsep bilik darjah pula ialah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara rasmi.       
Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran dan peringkat kedua ialah peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah. Menurut Merriam pola interaksi dalam bilik darjah ialah interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.
Di dalam bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu interaksi sehala -interaksi sehala dari  guru kepada murid, interaksi dua hala antara guru dengan murid,interaksi dua hala di antara murid dengan murid dan interaksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Selain itu,menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.Kepentingan interaksi dalam bilik darjah membolehkan guru memotivasikan murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN :


1. Abd.Rahim Razak. Interaksi Pembelajaran Efektif Untuk Berprestasi .2013.

TAJUK 3 :KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

          Sebagai seorang pelajar, pegurusan pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.
Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012). Terdapat beberapa kepentingan Pengurusan Pembelajaran.Antaranya ialah:

1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan

Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia. Konsep mengurus pembelajaran boleh dikaitkan dengan peranan guru sebagai pengurus bilik darjah seperti merancang, mengelola, mengawal dan mengarah. Proses dan kepentingan pula boleh disenaraikan seperti, persediaan rancangan kerja, pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran, fungsi pelaksanaan pelajaran dan kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran.


RUJUKAN :

1.    Madya Dr. Ishak Bin Baba .KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA TERHADAP PRESTASI AKADEMIK PELAJAR UTHM.(2009).
2.    Haliza binti Halid. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

3.    ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR.(2006). Madya Dr.Ishak Bin Baba. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Uthm.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2009.

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Organisasi sekolah pula ialan Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka. Organisasi sekolah terdiri daripada pengetua,penolong kanan,penolong kanan hal ehwal murid,penolong kanan ko-kokurikulum, guru bimbingan kaunseling,guru kelas,guru dan murid. Tanggungjawab Pengetua ialah Pentadbir di sesebuah sekolah dipegang oleh seorang guru yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang dibantu oleh pembantu-pembantu tadbir yang lain.
Selain itu, tugas dan tanggung jawab seorang guru sebagai pendidik adalah mendidik sekaligus mengajar, yaitu membantu peserta didik untuk mencapai kedewasaan.Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu Autokratik, Demokratik, Laissez-Faire dan Kontingensi. Autokrasi adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan kuasa mutlak kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir seseorang Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah seorang pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa.Guru-guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. Katzenmeyer & Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:

1. Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran
2.  Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3.    Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.

RUJUKAN :


  1. 1.    Mohtar bin Abas. Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi.Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusipendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimanaperancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik.
 Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
            Terdapat 3 faktor yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan murid iaitu, mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiapmatapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turunnaik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahap prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa muridmereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran.Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenai sukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuat persediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiri berkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti.
Memotivasikan murid merupakan antara komponen yang terdapat di dalam pengurusan murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajarkerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak mempunyai semangat untuk belajar. Bagi memotivasikan pelajar, guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunseling atau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu murid untuk mengembangkan potensi diri.

Rujukan :

  1.       Mohamad, R., Kasim, A. L., Zakaria, S., & Nasir, F. M. (2017). Komitmen guru dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Proceedings of the ICECRS1(1).

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah.
Setinggi mana pun ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Bagi menjadikan bilik darjah -lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih yang prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat, dan positif untuk menggalakkan pembelajaran. Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya.

Rujukan :
-       Dali, M. H., & Salleh, M. J. (2009). Pengurusan bilik darjah (pp. 161-188). McGraw Hill.
-       Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Oxford Fajar.
-       Taat, M. S., Abdullah, M. Y., Mohamad, B., Talip, R., Ambotang, A. S., & Zain, S. (2012). Pengurusan bilik darjah berkesan. Utusan Borneo, B4.


TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER

        Pengurusan adalah satu proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.Sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia ada pada diri individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan.Sumber ialah segala bahan dan alatan yang dapat membantu guru mencapai objektif atau matlamat pengajaran dan pembelajaran dengan efektif dan berkesan.
            Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Penerokaan sumber yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya kepupusan sumber untuk menjamin penggunaan yang berterusan, satu sistem pengurusan sumber perlu dilaksanakan.Terdapat beberapa jenis sumber maklumat adalah sumebr primer,sumber sekunder dan sumber tertiar. Kepentingan sumber adalah sebagai media komunikasi, sebagai rangsangan, penjelasan makna dan konsep serta penggerak penggunaan pelbagai media.
Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Rujukan :

1) Abd.Rahim Abd.Rashid ( 1996 ). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
2) Kamarudin Hj. Husin (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa ( Edisi baru), Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3) https://www.scribd.com/document/151925498/Peranan-Dan-Fungsi-Sumber-Pembelajaran