Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.
Melalui sesi pembelajaran sosiologi dan pembelajaran, pengertian sosiologi iaitu suatu kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut iaitu dari segi budaya, stratifikasi, populasi, politik terhadap masyarakat  yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang  melahirkan pelbagai fenomena sosial secara sistematik dan saintifik.
Kajian sosiologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru bagi memperkembangkan ilmu. Selain itu, proses sosialisasi ialah bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat it.Mengikut Ottoway(1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1985 ), Sosiologi Pendidikan , sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan.
Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Sosiologi adalah bidang ilmu pengetahuan moden yang ada hubungannya dengan masyarakat. Secara amnya, sosiologi dan pembelajaran penting dalam pendekatan pengajaran guru kerana dengan ini murid mampu membentuk konsep diri yang positif serta meningkatkan kualiti. Tambahan pula, sosiologi juga dikaitkan dengan objek iaitu masyarakat yang memerlukan ilmu sosiologi bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk menyesuaikan diri atau beradaptasi dengan lingkungan sosialnya.
Pada tahun 1930an, jurnal-jurnal sosiologi telah banyak mengandungi penyelidikan. Sejak itu sosiologi mula menjadi suatu bidang pengetahuan saintifik dengan teori-teori yang berdasarkan pemerhatian saintifik dan tidak lagi berdasarkan syor-syor yang dibuat tanpa  . Namun begitu kira-kira pada tahun lima puluhan, sosiologi pendidikan tidak begitu hangat lagi, malah menjadi terlalu dingin. Hakikat ini disebabkan oleh kurang minat dan perbalahan di antara para pendidik dan para sosiologi. Secara kesimpulannya, sosiologi memainkan peranan yang amat penting dalam Pendidikan kerana kajian sosiologi membantu guru supaya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut sosio budaya dan masyarakat.

 RUJUKAN :


  1. Othman AB Rahman , Salhah Abdullah , Sapora Sipon. EAS3113 Sosiologi Dalam Pendidikan Program Pensiswazahan Guru .2014.
  2.  http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pd

No comments:

Post a Comment