Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER

        Pengurusan adalah satu proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.Sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia ada pada diri individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi sesuatu permintaan.Sumber ialah segala bahan dan alatan yang dapat membantu guru mencapai objektif atau matlamat pengajaran dan pembelajaran dengan efektif dan berkesan.
            Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Penerokaan sumber yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya kepupusan sumber untuk menjamin penggunaan yang berterusan, satu sistem pengurusan sumber perlu dilaksanakan.Terdapat beberapa jenis sumber maklumat adalah sumebr primer,sumber sekunder dan sumber tertiar. Kepentingan sumber adalah sebagai media komunikasi, sebagai rangsangan, penjelasan makna dan konsep serta penggerak penggunaan pelbagai media.
Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Rujukan :

1) Abd.Rahim Abd.Rashid ( 1996 ). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
2) Kamarudin Hj. Husin (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa ( Edisi baru), Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3) https://www.scribd.com/document/151925498/Peranan-Dan-Fungsi-Sumber-Pembelajaran

No comments:

Post a Comment