Sebagai seorang pelajar, pegurusan
pembelajaran amat penting agar suatu proses pembelajaran berlaku dengan efektif
dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai.Menurut perspektif Islam, pengurusan
ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja
melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain
dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-
sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa
berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia
dan di akhirat.
Pengurusan
pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai
matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu
dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut
kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti
serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang
(Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012). Terdapat beberapa
kepentingan Pengurusan Pembelajaran.Antaranya ialah:
1.
Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2.
Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3.
Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4.
Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan
Oleh
yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang
penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan
menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu
membangunkan dunia. Konsep mengurus pembelajaran boleh dikaitkan dengan peranan
guru sebagai pengurus bilik darjah seperti merancang, mengelola, mengawal dan
mengarah. Proses dan kepentingan pula boleh disenaraikan seperti, persediaan
rancangan kerja, pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran, fungsi
pelaksanaan pelajaran dan kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN :
1.
Madya
Dr. Ishak Bin Baba .KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA
TERHADAP PRESTASI AKADEMIK PELAJAR UTHM.(2009).
2.
Haliza
binti Halid. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA KOKURIKULUM: SATU
KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
3.
ABDUL
JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR.(2006). Madya Dr.Ishak Bin Baba.
Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap Prestasi
Akademik Pelajar Uthm.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2009.
No comments:
Post a Comment