Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 9 : PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU


         Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.Faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku ialah persekitaran,budaya dan agama
.Terdapat dua jenis tangkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Manakala, tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pembangunan tingkah laku dan disiplin terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku dan disiplin murid-murid semasa berada di sekolah.Guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan.Ahli jawatankuasa dan pihak sekolah berganding bahu untuk menjalankan program-progrom bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar.

 RUJUKAN:

  1. Chin Pek Lian .Isu -Isu Disiplin Pelajar: Pendekatan Dan Penyelesaian.UTM.2005.
  2.  Khalim Ahmad Tarmizi. Program Sistem Penalti:Kaedah Alternatif nagi Pengurusan Disiplin Pelajar. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 61-76.
  3. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia https://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas/category/hal-ehwal-pelajar/7



No comments:

Post a Comment