Pengurusan
pelbagai upaya fokus kepada murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali
sebagai pelajar yang kurang berupaya (OKU) atau pelajar yang berkeperluan khas.
Menurut (Hallahan & Kauffman, 1994, “Special education means specially
designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.”
Menurut (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education,
1999) pula, "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk
memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid
kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat
disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa.
Terdapat
empat perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan pelbagai upaya iaitu
pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program
pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia
bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah
pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori yang
diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai
kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam
kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah
pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down,
autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut
diberi penekanan dalam kajian ini.
Bagi
program pemulihan, pengurusan penjawatan guru pemulihan, pemilihan murid
pemulihan khas dan pengurusan kelas dan penggunaan pelbagai teknik pengajaran
perlu dititikberatkan. Bagi pengayaan, guru perlu membmbing murid mencari
maklumat tambahan dan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas. Guru
juga perlu melihat kebolehan pelajar melalui pelbagai tahap kecerdasan seperti
kecerdasab verbal linguistic, logik matematik, visual ruang, kinestetik, inter
dan intra personal dan senagainya. Bagi keperluan khas, Perkhidmatan dan
kemudahan pendidikan yangdisediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka
yang mengalami kecacatan mental, bermasalah
pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi( pertuturan dan
bahasa, hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah,
kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
Rujukan:
- - Algozzine, R., Algozzine, B., & Ysseldyke, J. E. (2006). The fundamentals of special education: A practical guide for every teacher. Corwin Press.
- - Werts, M. G., Culatta, R., & Tompkins, J. R. (2007). Fundamentals of special education: What every teacher needs to know. Prentice Hall.
- - Pa, A. N., & Idris, N. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. Utusan Publications.
No comments:
Post a Comment