Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan alam pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu persediaan ke alam sekolah, kajian di sekolah dan rancangan orientasi sekolah (ROS).
Latihan mengajar adalah salah satu perkara asas yang perlu dilalui oleh semua insan bergelar guru. Ini merupakan langkah awal yang perlu dilalui oleh mereka sebelum melangkah kealam realiti sebagai seorang guru yang bertauliah. Dalam tempoh latihan ini, guru-guru pelatihmempraktikkan segala teori dan kaedah yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Adakah teoridan praktikal ini mampu membentuk seorang guru yang unggul sekiranya mereka sendiri tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi sebelum melangkah ke alam persekolahan.Sekirannya teori, praktikal dan motivasi digabungkan, ini mampu membentuk seorang guruyang mempunyai pakej yang sempurna. Bukan mudah untuk membentuk motivasi yang tinggisekiranya bakal guru itu sendiri tidak bersedia dari awal dan kurang keyakinan diri. Oleh itu,bakal guru digalakkan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tanpa kita sedari,sebenarnya pelajar sebenarnya dapat mengenal pasti dan menilai samada guru itu profesional atau tidak. Ini dibuktikan dengan melihat cara guru itu sendiri mengajar sepanjang tempoh pembelajaran. Contohnya yang paling jelas ialah semasa guru itu memberi ulasan dan huraian,mempunyai keyakinan diri untuk memberi jawapan dan ketegasannya semasa pembelajaran. Oleh itu,seorang guru yang terlatih harus mempunyai tahap motivasi yang tinggisebelum melangkah ke alam persekolahan.
Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam ertikata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Melalui ROS guru pelatih dapat memahami masyarakat sekolah, menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah, membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah, menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran pembelajaran, merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

Rujukan:

  1.    Ee Ah Meng (2003). Pendidikan Di Malaysia III. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd
  2.    Robert F. Mager (2004).Teknik Mendorong Pelajar Belajar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
  3.  Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 3. 83-96

No comments:

Post a Comment