Interaksi
bermaksud proses saling bertindak atau hubungan antara individu dengan pihak
atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.
Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru
menyampaikan isi kandungannya. Maksud
pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal
sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara
murid.Ianya melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat. Manakala
konsep bilik darjah pula ialah tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku secara rasmi.
Bilik
darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh
seorang guru. Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu
Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan
merancang strategi pengajaran dan peringkat kedua ialah peringkat interaktif
ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah.
Menurut Merriam pola interaksi dalam bilik darjah ialah interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi
dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran
dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.
Di
dalam bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu interaksi sehala
-interaksi sehala dari guru kepada murid,
interaksi dua hala antara guru dengan murid,interaksi dua hala di antara murid
dengan murid dan interaksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid
dengan murid.Selain itu,menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti
simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji,
kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di
dalam bilik darjah.Kepentingan interaksi dalam bilik darjah membolehkan guru
memotivasikan murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN :
1.
Abd.Rahim Razak. Interaksi Pembelajaran Efektif Untuk Berprestasi .2013.
No comments:
Post a Comment