Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan seperti membaca, menulis dan mengira tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengaarkan menulis, membaca dan mengira tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibu bapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.
 Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, danmenjamin keseronokan untuk belajar. Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003), antara prinsip–prinsip persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu -lintas di dalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau demonstrasi dengan mudah.
Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara.Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat, menurut Elsbree dan McNally dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan sekolah dan masyarakat sebagai mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak, meningkatkan mutu kehidupan masyarakat. memperbanyakkan penyertaan masyarakat, dan memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan dalam pembangunan dan pelaksanaan program sekolah. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat.

Rujukan:

1.    Johari, N. H. (2011). Hubungan persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah dengan kecerdasan emosi pelajar bermasalah disiplin (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).
2.           2.    Razak, A. Z. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi                 Pembelajaran. Jurnal Pendidikan , 3-19.
3.    Yahaya, A. S. (2003). Mengurus sekolah. PTS Professional.
4.    Johari, N. H. (2011). Hubungan persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah dengan kecerdasan emosi pelajar bermasalah disiplin (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

No comments:

Post a Comment