Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Organisasi sekolah pula ialan Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka. Organisasi sekolah terdiri daripada pengetua,penolong kanan,penolong kanan hal ehwal murid,penolong kanan ko-kokurikulum, guru bimbingan kaunseling,guru kelas,guru dan murid. Tanggungjawab Pengetua ialah Pentadbir di sesebuah sekolah dipegang oleh seorang guru yang bergelar Pengetua atau Guru Besar yang dibantu oleh pembantu-pembantu tadbir yang lain.
Selain itu, tugas dan tanggung jawab seorang guru sebagai pendidik adalah mendidik sekaligus mengajar, yaitu membantu peserta didik untuk mencapai kedewasaan.Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu Autokratik, Demokratik, Laissez-Faire dan Kontingensi. Autokrasi adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan kuasa mutlak kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir seseorang Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah seorang pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa.Guru-guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. Katzenmeyer & Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:

1. Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran
2.  Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3.    Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.

RUJUKAN :


  1. 1.    Mohtar bin Abas. Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi.Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005

No comments:

Post a Comment