Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusipendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimanaperancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik.
 Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
            Terdapat 3 faktor yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan murid iaitu, mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiapmatapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turunnaik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahap prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa muridmereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran.Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenai sukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuat persediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiri berkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti.
Memotivasikan murid merupakan antara komponen yang terdapat di dalam pengurusan murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajarkerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak mempunyai semangat untuk belajar. Bagi memotivasikan pelajar, guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunseling atau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu murid untuk mengembangkan potensi diri.

Rujukan :

  1.       Mohamad, R., Kasim, A. L., Zakaria, S., & Nasir, F. M. (2017). Komitmen guru dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah harian berprestasi tinggi dan berprestasi rendah di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Proceedings of the ICECRS1(1).

No comments:

Post a Comment