Tuesday, 13 November 2018

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

              Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan.Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku,pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab.Strategi mengurus bilik pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif
Pada zaman dahulu, bilik darjah adalah dmana lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Pada masa sekarang, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas
                 Unsur fizikal bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Masa kini ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal dan juga dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja yang di susun mengikut kehendak aktiviti pengajarandan pembelajaran. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.
           Iklim pembelajaran positif ialah Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mencorakkan iklim bilik darjah yang mendorongkepada pembelajara.Iklim bilik darjah boleh dikaitkan dengan suasana atau keadaan tertentuyang memberi tanggapan tentang apa yang dirasai dan suasana yang mempengaruhiperkembangan tingkah laku pembelajaran. Selain itu, iklim pembelajaran juga merujuk kepadanorma-norma serta sikap guru dan plajar yang dapat mempengaruhi pembelajaran di sekolah.

RUJUKAN :

  1. http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203104/Pengurusan%20Bilik%20Darjah%20dan%20Tingkah%20Laku.pdf
  2. http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/PENGURUSAN%20BD.pdf

TAJUK 9 : PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU


         Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.Faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku ialah persekitaran,budaya dan agama
.Terdapat dua jenis tangkah laku iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Manakala, tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pembangunan tingkah laku dan disiplin terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku dan disiplin murid-murid semasa berada di sekolah.Guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan.Ahli jawatankuasa dan pihak sekolah berganding bahu untuk menjalankan program-progrom bagi mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar.

 RUJUKAN:

  1. Chin Pek Lian .Isu -Isu Disiplin Pelajar: Pendekatan Dan Penyelesaian.UTM.2005.
  2.  Khalim Ahmad Tarmizi. Program Sistem Penalti:Kaedah Alternatif nagi Pengurusan Disiplin Pelajar. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 61-76.
  3. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia https://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas/category/hal-ehwal-pelajar/7



TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien
         Konsep penasihatan ialah suatu proses menasihati individu atau kumpulan kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi nasihat Penasihatan.Selain itu,memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.Konsep pengurusan penasihatan murid merangkumi bimbingan ,penasihatan dan mentoring. Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dab cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan.Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya ialah bimbingan ialah suatu proses menolongdan proses pengajaran.
 Prinsip-prinsip bimbingan adalah bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka, fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal, ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah dan murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.Selain itu,mentoring ialah proses memberi bimbingan,sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Terdapat 3 strategi Teknik penasihatan iaitu Teknik berasaskan pendekatan afektif , Teknik berasaskan pendekatan behavioural dan Teknik berasaskan pendekatan kognitif.Terdapat beberapa impak jika penasihatan tidak dijalankan di sekolah.Antaranya, kemerosotan disiplin,kemerosotan akademik murid-murid, sekolah akan dianggap tidak lengkap dan tiada sokongan moral kepada murid.Pada pendapat saya,individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal.

RUJUKAN:


  1. Noriadah Abdul Karim.Kepuasan Pelajar Terhadap Penasihat Akademik. International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pendidikan masa kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik tetapi lebih memfokuskan kepada warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran. Dalam konteks Malaysia pula khususnya, Pembelajaran Abad Ke 21(PA21) dalam kepelbagaian budaya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan streotaip kaum dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem sosial sesebuah masyarakat.
Kepelbagaian budaya merupakan konsep atau idea yang berkaitan kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan terhadap keanekaragaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa. Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka dan penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan tersebut.
Menurut Rabuskha (1972) masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-ciri perbezaan seperti bahasa, agama dan budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan perpaduan sukar dicapai. Maka, para guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya masyarakat Malaysia agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya melahirkan warganegara yang bersatu padu dan harmoni. Bagaimana seorang guru boleh menanganinya semasa proses pengajaran? Guru sewajarnya hendaklah peka dengan perbezaan agama dan kepercayaan pelajar serta hormat dan menerima seadanya nilai dan kepercayaan itu. Biasanya kepelbagaian persekitaran akan mempengaruhi pemikiran serta kefahaman pelajar terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan semua kepercayaan, nilai dan agama pelajar-pelajar mereka. Aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertembungan dialek yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang perlu dikawal oleh guru dengan menekankan penggunaan bahasa standard yang difahami oleh semua pelajar.

Rujukan :


  1. - Tuan Naufal Tuan Khaled. 2017, “Apakah Pendidikan Abad Ke-21”, https://www.sistemguruonline.my/2017/03/pendidikan-abad-ke-21.html
  2. -       Noraini Omar, 2015. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berfokuskan Kepelbagaian Budaya Murid: Kajian kes di Negeri Sarawak. Tesis Ph.D UKM
  3. -       Don, Y. (2007). Kepimpinan dan pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. PTS Professional.

TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengurusan pelbagai upaya fokus kepada murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang berupaya (OKU) atau pelajar yang berkeperluan khas. Menurut (Hallahan & Kauffman, 1994, “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” Menurut (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999) pula, "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa.
Terdapat empat perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan pelbagai upaya iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
Bagi program pemulihan, pengurusan penjawatan guru pemulihan, pemilihan murid pemulihan khas dan pengurusan kelas dan penggunaan pelbagai teknik pengajaran perlu dititikberatkan. Bagi pengayaan, guru perlu membmbing murid mencari maklumat tambahan dan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas. Guru juga perlu melihat kebolehan pelajar melalui pelbagai tahap kecerdasan seperti kecerdasab verbal linguistic, logik matematik, visual ruang, kinestetik, inter dan intra personal dan senagainya. Bagi keperluan khas, Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yangdisediakan untuk individu berkeperluan khas,  atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental,  bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi( pertuturan dan bahasa, hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Rujukan:

  1. -       Algozzine, R., Algozzine, B., & Ysseldyke, J. E. (2006). The fundamentals of special education: A practical guide for every teacher. Corwin Press.
  2. -       Werts, M. G., Culatta, R., & Tompkins, J. R. (2007). Fundamentals of special education: What every teacher needs to know. Prentice Hall.
  3. -       Pa, A. N., & Idris, N. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. Utusan Publications.


TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan seperti membaca, menulis dan mengira tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengaarkan menulis, membaca dan mengira tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibu bapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.
 Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, danmenjamin keseronokan untuk belajar. Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003), antara prinsip–prinsip persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu -lintas di dalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau demonstrasi dengan mudah.
Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara.Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat, menurut Elsbree dan McNally dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan sekolah dan masyarakat sebagai mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak, meningkatkan mutu kehidupan masyarakat. memperbanyakkan penyertaan masyarakat, dan memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan dalam pembangunan dan pelaksanaan program sekolah. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat.

Rujukan:

1.    Johari, N. H. (2011). Hubungan persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah dengan kecerdasan emosi pelajar bermasalah disiplin (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).
2.           2.    Razak, A. Z. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi                 Pembelajaran. Jurnal Pendidikan , 3-19.
3.    Yahaya, A. S. (2003). Mengurus sekolah. PTS Professional.
4.    Johari, N. H. (2011). Hubungan persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah dengan kecerdasan emosi pelajar bermasalah disiplin (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan alam pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu persediaan ke alam sekolah, kajian di sekolah dan rancangan orientasi sekolah (ROS).
Latihan mengajar adalah salah satu perkara asas yang perlu dilalui oleh semua insan bergelar guru. Ini merupakan langkah awal yang perlu dilalui oleh mereka sebelum melangkah kealam realiti sebagai seorang guru yang bertauliah. Dalam tempoh latihan ini, guru-guru pelatihmempraktikkan segala teori dan kaedah yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. Adakah teoridan praktikal ini mampu membentuk seorang guru yang unggul sekiranya mereka sendiri tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi sebelum melangkah ke alam persekolahan.Sekirannya teori, praktikal dan motivasi digabungkan, ini mampu membentuk seorang guruyang mempunyai pakej yang sempurna. Bukan mudah untuk membentuk motivasi yang tinggisekiranya bakal guru itu sendiri tidak bersedia dari awal dan kurang keyakinan diri. Oleh itu,bakal guru digalakkan untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tanpa kita sedari,sebenarnya pelajar sebenarnya dapat mengenal pasti dan menilai samada guru itu profesional atau tidak. Ini dibuktikan dengan melihat cara guru itu sendiri mengajar sepanjang tempoh pembelajaran. Contohnya yang paling jelas ialah semasa guru itu memberi ulasan dan huraian,mempunyai keyakinan diri untuk memberi jawapan dan ketegasannya semasa pembelajaran. Oleh itu,seorang guru yang terlatih harus mempunyai tahap motivasi yang tinggisebelum melangkah ke alam persekolahan.
Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam ertikata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. ROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Melalui ROS guru pelatih dapat memahami masyarakat sekolah, menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah, membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah, menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran pembelajaran, merekod pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.

Rujukan:

  1.    Ee Ah Meng (2003). Pendidikan Di Malaysia III. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd
  2.    Robert F. Mager (2004).Teknik Mendorong Pelajar Belajar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
  3.  Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 3. 83-96